Perdagangan hamba Atlantik
Perdagangan hamba Atlantik

Perdagangan hamba Atlantik

Jutaan orang Afrika Barat diculik atau direman dalam kapal-kapal perdagangan secara paksa merentasi Lautan Atlantik oleh kuasa-kuasa Barat menuju benua Amerika diperhambakan mengerjakan ladang-ladang tebu, tembakau, koko dan kapas, lombong emas perak, serta menjadi pembantu rumah dan buruh kilang[1] sana dari abad ke-16 hingga 19.[2] Kuasa-kuasa Barat ini mengikut jumlah hamba didagangkan[3] adalah Portugal, Britain, Sepanyol, Perancis, Belanda, Amerika Syarikat dan Denmark.[4][5][6][7]Sebanyak kira-kira 12 ke 12.8 juta orang Afrika diangkut merentasi lautan Atlantik selama 400 tahun[8][9]:194 tidak termasuk 1.2–2.4 juta hamba belian yang mati dalam perjalanan dan dikurung sebaik mendarat di Caribbean serta banyak lagi yang mati di benua Afrika akibat peperangan diserang penjual hamba abdi serta cubaan melarikan diri.[10][11][12][13]